Saturday 23 June 2012

PEMANTAUAN SUDUT/LORONG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Pemantauan sudut/lorong Unit Pendidikan Pencegahan Dadah SMK Taman Seri Saujana dari Unit PPDa Jabatan Negeri Johor, PPDa Daerah Batu Pahat, Muar dan Kota Tinggi pada 13 Jun 2012 yang lalu. Terima Kasih Tuan kerana sudi mengunjungi sudut/lorong PPDa SMK Taman Seri Saujana.




SUDUT/LORONG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Sudut Pendidikan Pencegahan Dadah SMK Taman Seri Saujana telah diwujudkan pada tahun ini. Lokasi sudut PPDa  sekolah di hadapan bilik bimbingan dan kaunseling.

Sudut / Lorong Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) SMK Taman Seri Saujana

Info RAHSIA

Info PPDa
 Bahan Bacaan PPDa

Pohon PPDa

ARTIKEL 1 - BAHAYA MEROKOK


RACUN DALAM ASAP ROKOK
MEROKOK MEMBAWA PENYAKIT
Tembakau merupakan faktor risiko untuk sekurang-kurangnya 25 jenis penyakit
  1. Kanser pundi kencing
  2. Kanser perut
  3. Kanser usus dan rahim
  4. Kanser mulut
  5. Kanser Esofagus
  6. Kanser tekak
  7. Kanser pankrias
  8. Kanser payudara
  9. Kanser paru-paru
  10. Penyakit saluran pernafasan kronik
  11. Strok
  12. Kereputan tulang (osteoporosis)
  13. Penyakit jantung
  14. Kemandulan
  15. Putus haid awal
  16. Melahirkan bayi yang cacat
  17. Keguguran bayi
  18. Mati pucuk
  19. Bronkitis
  20. Batuk
  21. Penyakit ulser peptik
  22. Emfisima
  23. Otot lemah
  24. Penyakit gusi
  25. Kerosakan mata
MEROKOK SECARA PASIF
Walaupun anda tidak merokok, anda masih boleh menyedut asap rokok daripada perokok. Ini dipanggil merokok secara pasif ('passive smoking').
Berbanding dengan asap aliran ('mainstream smoke'), asap aliran sisi yang keluar dari puntung rokok ('mainstream smoke') mengandungi :
  • 2 kali lebih banyak nikotin
  • 5 kali lebih banyak karbon monoksida
  • 50 kali lebih banyak kimia yang menyebabkan barah
  • 3 kali lebih banyak tar

AKTIVITI MINGGU ANTIDADAH PERTANDINGAN MENDEKLAMASI SAJAK

Pertandingan Mendeklamasikan Sajak telah dijalankan di perpustakaan sekolah. Pelajar SMK TSS sebenarnya mempunyai bakat yang terpendam. Tahniah kepada semua yang terlibat.
 



AKTIVITI MINGGU ANTIDADAH - PERTANDINGAN MELUKIS POSTER

Pelajar menengah rendah yang mempunyai bakat menyertai Pertandingan Melukis Poster sempena Minggu Antidadah di bilik seni sekolah. Dikendalikan oleh guru-guru pendidikan seni, Pn Kamariah, En Fahmi dan Pn Nur Hafifah.

AKTIVITI MINGGU ANTIDADAH PERTANDINGAN MELUKIS KAIN RENTANG

Pertandingan Melukis Kain Rentang antara salah satu aktiviti sempena Minggu Antidadah Peringkat Sekolah Tahun ini. Aktiviti ini telah disertai oleh pelajar-pelajar kelas MPV 4 IB dan 5 IB yang dikendalikan oleh Cikgu Zainal Abidin bin Jaafar, Guru Seni Reka Tanda.
Pelajar sedang mewarnakan kain rentang



Hasil kerja pelajar ting 5 kelas seni reka tanda



Tuesday 19 June 2012

MINGGU ANTIDADAH PERINGKAT SEKOLAH SMK TAMAN SERI SAUJANA

Minggu Antidadah Peringkat SMK Taman Seri Saujana telah diadakan pada 27 Feb - 2 Mac 2012
Perasmian Minggu Antidadah telah dirasmikan oleh
 ASP Hj Hadzir bin Che Pa, 
Ketua Cawangan Bahagian Narkotik IPD Kota Tinggi.
 Terima Kasih Tuan kerana sudi hadir ke majlis sekolah kami..